KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMA 2018
PEKAN, pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama Pahang (SMA) tahun 2018 telah diadakan di SMA Tengku Ampuan fatimah Pekan oleh YH. Dato' Haji Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang pada 27 Disember 2018.
Tahun ini, seramai 1805 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SMA. Dari jumlah tersebut, 1560 orang adalah merupakan calon dari 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), 56 orang dari 2 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan 176 orang dari 7 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR). Juga 13 orang calon persendirian.
Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), secara umumnya sebanyak 4 buah Sekolah Menengah Agama Negeri telah mencatatkan kenaikan Gred pada tahun ini. Sekolah-sekolah tersebut adalah:
1. Sekolah Menengah Agama Maran
Meningkat dari 2.08 pada tahun 2017 kepada 1.94 pada tahun ini.
2. Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong
Meningkat dari 2.75 pada tahun 2017 kepada 2.37 pada tahun ini.
3. Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Kuala Tembeling, Jerantut
Meningkat dari 3.12 pada tahun 2017 kepada 3.06 pada tahun ini.
4. Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Berhala Gantang, Temerloh
Meningkat dari 3.3 pada tahun 2017 kepada 3.18 pada tahun ini.
Namun begitu, sekolah yang mencatatkan GPS tertinggi iaitu 1.41 masih dipegang oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan. Oleh sebab itulah, keputusan SMA tahun ini dibuat di sekolah ini.
Tahniah diucapkan kepada sekolah ini, yang bukan hanya memegang GPS tertinggi, malah berjaya mengekalkan kedudukan teratas di dalam SMAN sejak tahun 2013.
Di samping itu, terdapat 2 buah sekolah yang berjaya mencapai keputusan SMA - LULUS 100% iaitu :
1. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan
2. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan
Berdasarkan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), secara keseluruhannya GPMP tahun ini menurun kepada 2.34 berbanding tahun lepas iaitu 2.12 dengan penurunan gred sebanyak 0.22.
Dari jumlah tersebut, 2 dari 10 mata pelajaran telah mencatat peningkatan Gred. Mata pelajaran tersebut adalah:
1. Al-Quran
Meningkat dari 1.71 pada tahun 2017 kepada 1.62 pada tahun ini.
2. Mantiq
Meningkat dari 2.10 pada tahun 2017 kepada 2.06 pada tahun ini.
Tahun ini juga, seramai 161 orang calon telah mendapat MUMTAZ SOFI atau MUMTAZ dan kesemua 10 mata pelajaran SMA.
Dari jumlah tersebut, 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang SMA bagi tahun ini. Pelajar berkenaan adalah:
1. NUR AIN SOLEHAH BINTI HASNAN
Dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan
2. NUR ASMAA' MADIHAH BINTI NOR AFANDI
Juga dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan