BOLA TAMPAR LELAKI SUMBANG GANGSA

 Tanjung Malim, pasukan Bola Tampar Lelaki Kessuma Pahang berjaya memenangi pingat Gangsa dalam kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke-19 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
   Kejayaan memenangi pingat Gangsa ini gagal menyamai pencapaian memenangi pingat Perak pada tahun lepas di Kelantan Darul Naim.

    Keputusan Penuh pasukan Pahang sepanjang kejohanan;

    PAHANG 2 - PERAK 0 (Liga Peringkat Kumpulan)
    PAHANG 2 - JOHOR 0 (Liga Peringkat Kumpulan)

    PAHANG 2 - SELANGOR 1 (Liga Pusingan Ke-2)
    PAHANG 1 - MELAKA 2 (Liga Pusingan Ke-2)

    Kekalahan kepada pasukan Melaka telah menggagalkan pasukan Pahang untuk ke perlawanan akhir dan hanya berpuas hati dengan pingat gangsa. Manakala Melaka muncul Juara selepas menewaskan Terengganu 3-0 dalam perlawanan akhir.

Tag: BOLA TAMPAR LELAKI