BADMINTON PEREMPUAN JUARA KESSUMA 2018

 Tanjung Malim, pasukan badminton perempuan memberikan keceriaan kepada kem KESSUMA Pahang apabila muncul Juara dengan menewaskan Terengganu 4-1 dalam perlawanan akhir badminton yang berlangsung di Dewan Badminton Kolej Aminurrashid di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.
   Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia atau ringkasnya KESSUMA  Kali Ke-19 pada tahun ini telah diadakan di UPSI Tanjung Malim bermula 15 hingga 19 Julai 2018. Kontijen Pahang berjaya menduduki tempat ke-5 keseluruhan dengan memperolehi 1 Emas, 1 Perak dan 3 pingat Gangsa.
    Pingat Perak disumbangkan oleh pasukan Bolasepak yang tewas dalam penentuan sepakan penalti 5-4  menentang pasukan tuan rumah Perak. Manakala 3 pingat Gangsa pula disumbangkan oleh pasukan Badminton Lelaki, Bola Tampar Lelaki dan Bola Jaring.

 Keputusan Penuh pasukan Pahang sepanjang kejohanan;

    PAHANG 5 - MELAKA 0 (Liga Peringkat Kumpulan)
    PAHANG 5 - NEGERI SEMBILAN 0  (Liga Peringkat Kumpulan)
    PAHANG 4 - PERAK 1 (Liga Peringkat Kumpulan)

    PAHANG 5 - WILAYAH PERSEKUTUAN 0 (Liga Pusingan Ke-2)
    PAHANG 3 - JOHOR 1 (Liga Pusingan Ke-2)

    PAHANG 3 - TERENGGANU 2 (Perlawanan Akhir) 

Tag: KESSUMA 2018