BENGKEL PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI

Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pemantapan Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani khusus untuk guru-guru Al-Quran SMA Kerajaan Pahang dan SMAR Pahang pada 10 dan 11 April baru-baru ini di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan dan Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka.
   Bengkel ini disertai hampir 90 orang guru-guru Al-Quran dari SMAN dan SMAR Pahang yang juga merupakan fasilitator Tahsin Al-Quran SMA bagi tahun 2018. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Al-Fadhil Ust Abdul Karim bin Sidek dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Turut hadir sama sepanjang bengkel ini adalah Ust Abu Bakar bin Mat Saad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Ustzh Apidah binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran, Ust Azmy Murad bin Mohamed Yatim Penolong Pengarah Unit Peperiksaan, Ust Mazfadillah bin Mat Dewa Penyelia Unit Kurikulum, Pn. Aziyan binti Yaakob Penyelia Unit Ko-Kurikulum dan Pn. Nurul Adha binti Ramli Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Pendidikan JAIP.

Tag: Al-Quran Rasm Uthmani