MASISUPA PUSAT 2018…ZON 3 TERUS UNGGUL

KUALA LIPIS, Kontijen Zon 3 yang dianggotai oleh SMA Al-Khairiah Temerloh, SMA Chenor, SMA Al-Wosto Temerloh, SMA Al-Ittifaqiah Guai Temerloh, SMA Pelangai dan SMAR Darun Naim Kuala Krau terus unggul apabila dinobatkan  juara Kategori Sukan dan Juara Kategori Ilmiah dalam Kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang Kali Ke-34 yang melabuhkan tirainya pada 20 Mac 2018 baru-baru ini.  Kejayaan merangkul Juara bagi kedua-dua kategori ini, telah membolehkan Kontijen Zon 3 dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi edisi ke-34 tahun ini.

    Pada tahun ini SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku dari Zon 4 menjadi tuan rumah. Walaupun Zon 4 gagal muncul Juara Keseluruhan kejohanan, namun Zon 4 berjaya merangkul bersih ibu segala pingat apabila muncul juara bagi acara bolasepak Lelaki Menengah dan Lelaki Rendah.

   Sebanyak 22 Pingat Emas, 22 Perak dan 22 Gangsa menjadi rebutan bagi acara sukan. Manakala bagi acara Ilmiah sebanyak 35 Emas, 35 Perak dan 35 gangsa menjadi rebutan kontijen bertanding. Selaku Juara Keseluruhan, Zon 3 berjaya merangkul 19 Emas, 23 Perak dan 11 Gangsa. Kontijen Zon 2 muncul Naib Juara Keseluruhan dengan 13 Emas, 13 Perak dan 17 Gangsa diikuti Zon 1 di tempat ke-3 dengan memperolehi 13 Emas, 7 Perak dan 22 Gangsa. Manakala Zon 4 selaku tuan rumah hanya berpuas hati ditempat ke-4 dengan 12 Emas, 14 Perak dan 7 Gangsa.

    Bagi edisi ke-35 tahun 2019, Zon 2 dipilih menjadi tuan rumah dan akan dilangsungkan di SMA Pulau Tawar Jerantut. Majlis perasmian penutupan pada tahun ini telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Kerajaan Negeri Pahang selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Tag: ZON 3 Unggul