KEPUTUSAN SMA 2017, 4 SEKOLAH CATAT KEPUTUSAN 100%

   Maran, Majlis pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2017 telah diadakan di Dewan SMA Maran pada 29 Disember 201 yang lalu. Sebanyak 4 buah sekolah berjaya mencatat keputusan cemerlang 100% iaitu Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Sekolah Menengah Agama Rompin dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.
   Seramai 1901 orang calon telah menduduki Peperiksaan SMA dari 30 buah sekolah termasuk 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), 6 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan 6 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR).
   Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), secara umumnya sebanyak 14 dari 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri telah mencatatkan kenaikan Gred pada tahun ini. Sekolah-sekolah tersebut antaranya:
1.     Sekolah Menengah Agama Maran
2.     Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah, Guai, Bera
3.     Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh
4.     Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis
5.     Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan
6.     Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong, Raub
7.     Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah
8.     Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran
9.     Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut
10.   Sekolah Menengah Agama Rompin, Rompin
11.   Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan
12.   Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Batu Talam, Raub
13.   Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan
14.   Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka
    Sukacita dimaklumkan, sekolah yang mencatatkan GPS tertinggi iaitu 1.36 berbanding tahun lepas 1.55 dengan peningkatan sebanyak 0.19 masih dipegang oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan. Tahniah diucapkan kepada sekolah ini, yang bukan hanya memegang GPS tertinggi, malah berjaya mengekalkan kedudukan teratas di dalam SMAN sejak tahun 2013.
    Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Maran dipilih sebagai tuan rumah bagi mengumumkan keputusan SMA ini, berdasarkan kepada pencapaian sekolah ini mendapat GPS 2.08 berbanding tahun lepas iaitu 3.46 dengan lonjakan sebanyak 1.38. Tahniah juga diucapkan. Mungkin SMA Maran boleh berkongsi formula, rahsia dan strategi dengan sekolah lain tentang kejayaan yang memberangsangkan ini.
    Tidak dinafikan juga terdapat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang turut melakar keputusan cemerlang apabila Sekolah Menengah Agama Al-Maarif, Bukit Goh, Kuantan telah mencatat GPS 1.3.
    Manakala berdasarkan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), secara keseluruhannya GPMP tahun ini meningkat kepada 2.13 berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 2.41 dengan peningkatan sebanyak 0.28. Dari jumlah tersebut, 8 dari 10 mata pelajaran telah mencatat peningkatan. Mata pelajaran tersebut antaranya:
1.     Fiqh
2.     Tauhid
3.     Tafsir
4.     Nahu Sorf
5.     Hadith
6.     Adab Nusus
7.     Mantiq
8.     Balaghah
    Peningkatan ketara pada keputusan GPS Peperiksaan SMA ini adalah berpaksi pada program-program yang telah diatur oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang seperti Program Tahsin Al-Quran, Jawab Untuk Jaya (JUJ) SMA, Bengkel Sifar Rasib dan juga Program Perkongsian Pintar. Ditambah pula dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Kelas Tambahan, Program Motivasi, Bengkel Menjawab Soalan dan lain-lain bagi mendedahkan pelajar kepada cara dan kaedah pemahaman serta hafalan yang lebih sistematik dan berkesan.
 
 

Tag: SMA 2017