MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMAN PAHANG KALI KE-23 TAHUN 2024

29 November 2024
Kuantan

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Anugerah Kecemerlangan SMAN Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pentadbiran Sultan Ahmas Shah (PPSAS), Kuantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Turut hadir ialah YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah JAIP dan wakil-wakil Agensi Pelaksana termasuklah PDRM, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Jabatan Penerangan Negeri Pahang. Majlis Anugerah Kecemerlangan SMAN Pahang akan diadakan pada 17 Disember 2024 di Geo Hotel and Resorts, Genting Hinglands yang akan dihadiri oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (hal Ehwal Agama) 

Tag: Mesyuarat Majlis Anugerah Kecemerlangan SMAN Pahang