BENGKEL MATEMATIK SPM BAGI PELAJAR-PELAJAR SMAN PAHANG DAN SMUM MUIP

30 November 2024
Pekan

Seramai 80 orang pelajar tingkatan 5 dari SMAN Pahang dan Sekolah Menengah Ugama Di Bawah MUIP telah menyertai bengkel Matematik anjuran Bahagian Pendidikan JAIP. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Zainonie binti Ma'arof dari SMK Seri Mahkota Kuantan. Beliau merupakan guru matematik yang sangat berpengalaman. Beliau berkongsi tips dan kaedah-kaedah mudah untuk cemerlang di dalam mata pelajaran Matematik. Seramai 22 orang guru Matematik setiap sekolah menjadi fasilitator bagi membantu kelancaran bengkel tersebuit.

Tag: Bengkel Matematik SMAN Pahang