majlis muafakat 2017

4 Feb. 2017. SMA PULAU TAWAR mengadakan Majlis Muafakat 2017 bersama ibu bapa pelajar-pelajar kelas peperiksaan PT3, SMA dan SPM sebagai saluran perbincangan dua hala antara sekolah dan ibu bapa. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan dan Setiausaha-Setiausaha Peperiksaan.

Program ini diadakan untuk menjelaskan kepada ibu bapa tentang program-program kecemerlangan yang telah dirancang untuk tahun 2017 dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan-peperiksaan utama. Ibu bapa juga dimaklumkan tentang perbelanjaan yuran kecemerlangan yang dikutip di awal persekolahan tempoh hari.

Tag: majlis muafakat