Program Khatam Quran SAM Pulau Tawar

JUMAAT | 24 Mei 2019 |19 Ramadan 1440H
 
JERANTUT : Program Ihya Ramadan SMA Pulau Tawar di akhiri dengan Majlis Khatam Quran pada pagi Jumaat. Seramai 20 orang pelajar diketuai oleh Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanafi mengepalai Majlis Khatam al-Quran. Semua guru dan pelajar telah menghadiri program tersebut. Puan Pengetua melafazkan kesyukuran kehadrat Ilahi serta mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan program Ihya Ramadan untuk tahun 2019. Di antara aktiviti sepanjang Ramadan kali ialah Tadarus Quran mengikut kumpulan yang telah ditentukan, Solat Hajat dan Dhuha pada setiap awal pagi, Ceramah sempena Nuzul Quran, Iftar Perdana dan Khatam Quran. Adalah diharapkan keberkatan Ramadan dapat dirasai hingga ke bulan seterusnya.

Tag: # khatam quran 2019