guru baru

Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar menerima seorang guru baru, Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanafi, 29, yang mula bertugas di sekolah ini mulai 3 Januari yang lalu bagi mengisi tempat Ustaz Habib Mustakim bin Ibrahim yang bertukar ke SMA Rompin. 

Ustaz Fakhrurrazi mendapat pendidikan di SMA al-Khairiah, Kulliah Sultan Abu Bakar dan Universiti al-Azhar. 

Ustaz Fakhrurrazi sebelum ini bertugas di SMA Maran sejak 2012.

Tag: baru