FORUM PERDANA ISLAM AGAMAKU DISAMBUT MERIAH OLEH WARGA MASISUPA 2019

24 MAC 2019 | AHAD | MALAM

JERANTUT: Forum Perdana: Islam Agamaku, di SMA Pulau Tawar , telah Berjaya dilaksanakan pada malam tadi. Seramai 2 ribu orang telah menghadiri ke program tersebut, sempena MASISUPA KE-35. Forum dimulakan dengan ucapan perasmi oleh ADUN Pulau Tawar, Dato’ Haji Nazri Ngah. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak JAIP yang sudi menjemput beliau untuk hadir dan merasmikan program tersebut. Kepada pelajar-pelajar yang hadir , beliau menyatakan bahawa moderator dan dua ahli panel forum adalah bekas pelajar-pelajar semenengah agama. Oleh itu pelajar-pelajar perlu ubah persepsi yang menyatakan bahwa pelajar sekolah agama tiada masa depan. Beliau menyatakan kegembiraan hadir ke program perkongsian ilmu seperti forum tersebut. Dengan sukacitanya beliau memaklumkan akan memberi sumbangan derma kepada pihak SMA Pulau Tawar sebanyak RM 5 ribu dan ditambah dengan sumbangan daripada Ahli Parlimen Jerantut sebanyak RM 5 ribu , berjumlah RM 10 ribu.

Forum Perdana Islam Agamaku, dimoderatorkan oleh Tn, Hj. Ahmad Sukri Mohamed Sodin (Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP) panelis pertama, Al-Fadhil Ustaz Syarifuddin Mohamad Saad (Tuan Qodhi Daerah Jerantut) dan panelis kedua, Tn. Hj. Mohd Fazli Mat Saman (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP).

Diantara isi penyampaian yang disampaikan adalah menyeru kepada semua agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup yang dihayati dalam kehidupan kita. Jangan kita mengikuti fahaman sesat seperti golongan Islam Leberal yang ingin membebaskan orang-orang Islam daripada ikatan akidah yang sebenar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih).

Para pelajar diseru agar menjadi Muslim yang mempunyai jatidiri yang kukuh, mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan merasa izzah dengan agama Islam yang telah disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Orang Islam sepatutnya saling berukhuwah antara satu sama lain. Dengan ukhuwah akan melahirkan kesatuan ummat dan menjadikan umat Islam kuat. Hari ini jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menzalimi kita. Bagaimana hendak menjaga ukhuwah sesame kita ? Ikut pesan Nabi saw, sampaikan salam sesame kita sama ada kita kenal atau tidak. Saling tolong-menolong sesama Islam. MASISUPA ke-35 ini juga merupakan wasilah untuk kita saling kenal mengenali antara kita yang akan merapatkan ukhuwah di kalangan kita. Jangan kita berpecah atau berpuak-puak. Jangan kita tinggalkan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Falsafah solat berjamaah di masjid adalah seperti sebuah daulah. Syarat-syarat terdirinya sebuah negara ada 5 perkara; iaitu tanah, daulah, masyarakat, ketua dan undang-undang. Begitulah juga terdirinya sebuah masjid. Solat berjamaah dapat merapatkan ukhuwah sesama kita. Imam solat adalah untuk diikuti. Jangan kita berpecah belah. Pelajar-pelajar diseru menjadi orang-orang yang berilmu dan kuat tubuh badan. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu , beliau berkata, Rasûlullâh saw bersabda, “ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah;…. “ Hadits shahîh. Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2664).

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pengetua SMA Pulau Tawar kepada moderator dan 2 ahli panel.



Tag: #FORUM perdana ISLAM AGAMAKU MASISUPA 2019