PERASMIAN MASISUPA PUSAT DIRASMIKAN DENGAN GEMILANG

23 MAC 2019 | SABTU

JERANTUT : Majlis Perasmian Pembukaan MASISUPA kali ke-35 telah disambut dengan meriah malam tadi. Perasmian telah dilakukan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris , (Ahli Parlimen Jerantut ). Antara ucapannya,  beliau menyatakan pelajar-pelajar bertuah berada di bumi Mat Kilau. Semoga pelajar-pelajar dapat mewarisi semangat pahlawan Mat Kilau mempertahankan tanah air ini. Pelajar-pelajar SMAN  adalah pewaris bangsa Melayu yang bakal menentukan jatuh bangun bangsa ini dan juga kekuatan agama Islam di bumi bertuah ini. Tambahan lagi pelajar-pelajar adalah pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (SMAN) yang banyak melahirkan para alim ulamak . Orang Melayu adalah orang yang hebat. Pemetik api pertama didunia telah dicipta oleh orang Melayu. Keris Melayu mampu berdiri tegak di atas mata keris dengan seimbang tanpa disokong oleh benda lain. Beliau menyeru kepada semua pelajar agar dapat berusaha bersungguh-sungguh menggunakan potensi diri dalam semua pertandingan yang diadakan. Jadilah orang yang hebat yang akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan dan membolot semua kejuaraan bagi acara-acara yagn dipertandingkan.

 

Tag: #perasmian MASISUPA pusat 2019