JOM KE SEKOLAH: PDRM DI SMA PULAU TAWAR

Jerantut, 18 Februari 2019 - Program Jom Ke Sekolah oleh PDRM dan KPM telah dilaksanakan di SMA Pulau Tawar oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMAPT, Inspektor Nur Fazwani binti Che Hasan. Tujuan utama program ini adalah untuk mengurangkan kes salah laku disiplin di kalangan murid-murid sekolah. Pada hari ini semua PPS turun ke semua sekolah untuk menyampaikan ucapan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. 
 

Menurut KPN, tangkapan kes nakotik di kalangan pelajar sekolah telah meningkat pada tahun 2018 berbanding 2017. Ini menggambarkan masalah ketagihan dadah di negara ini semakin membimbangkan dan ianya bermula di sekolah. Maka itu semua “PPS akan melakukan lawatan, rondaan, sesi ceramah mengenai hal-hal keselamatan dan pencegahan jenayah, pemeriksaan papan kenyataan serta penglibatan bersama dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah angkat masing-masing.


"Mereka juga akan membantu mewujudkan suasana sekolah yang selamat, sebagaimana yang telah digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah," ujar beliau dalam Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma, dekat sini, pagi tadi.


PPS turut menyusun langkah yang kreatif dan inovatif serta mereka bentuk pengisian aktiviti yang lebih terangkum bagi mendorong dan merangsang masyarakat sekolah untuk turut sama memainkan peranan yang lebih aktif dalam mencegah salah laku disiplin murid.


 


Didoakan semoga pelajar-pelajar SMA Pulau Tawar berdisiplin, cemerlang dunia dan akhirat.

 

Tag: #JOM KE sekolah