PROGRAM TRANSFORMASI KEPIMPINAN 2019

10 FEBRUARI 2019 | AHAD

JERANTUT : Program Transformasi Kepimpinan SMA Pulau Tawar telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 8 hingga 10 Februari 2019 di SMA Pulau Tawar. Peserta program terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar yang berjumlah 120 orang. Kumpulan  fasilitator pula adalah terdiri daripada bekas pelajar-pelajar sekolah ini yang masih belajar  di USIM. 

Puan Pengetua SMAPT  telah sudi menyampaikan ucapan dan melakukan  perasmian penutup program tersebut. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada pasukan fasilitator dan berbangga kerana bekas pelajar sekolah ini sudi menyumbang jasa bakti kepada sekolah.  Puan Pengetua juga menasihatkan kepada peserta-peserta kursus agar menjadi orang yang berkeyakinan dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. Perlu berubah menjadi pelajar yang rajin berusaha, cemerlang dalam akademik , kokurikulum dan sahsiah diri. Program berakhir dengan sesi fotografi antara guru-guru, fasiitator dan peserta-peserta program. %

Tag: #transformasi kepimpinan 2019