PERPISAHAN CIKGU MUHAMMAD ZULFIKRI BIN ZAINUDDIN

27 JANUARI 2019 | AHAD

JERANTUT: “Walau siapa pun guru kita, merekalah ibu dan bapa kepada kita”. Begitulah antara ucapan Pn. Pengetua SMA Pulau Tawar kepada murid-murid sempena perpisahan Cikgu Muhammad Zulfikri bin Zainuddin yang akan mula bertugas di Ma’ahad As-Sultan Hj. Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka pada hari Isnin nanti. Program tersebut dijalankan selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan & Ilmiah SMAPT sebagai menghargai jasa-jasa Cikgu Muhammad Zulfikri bin Zainuddin yang telah berkhidmat di sekolah ini . Selepas penyampaian hadiah penghargaan kepada beliau, murid-murid lelaki bersalaman memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Muhammad Zulfikri.
 
Didoakan semoga Cikgu Muhammad Zulfikri bin Zainuddin dapat menjalankan tugas dengan baik disekolah baru. Selamat berpisah Cikgu Muhammad Zulfikri bin Zainuddin.

Tag: #cikgu zulfikri bertukar kemaahad