10 Komputer untuk Kegunaan Makmal Komputer SMAP

31 Mac, Khamis - Sebanyak 10 buah komputer telah sampai ke SMA Pelangai hari ini. Ini adalah projek perbekalan Makmal Komputer yang dijalankan oleh pihak SUK  Pahang ke beberapa sekolah-sekolah menengah agama di Pahang ini. SUK Pahang telah menyumbangkan 10 biji komputer untuk kegunaan pembelajaran komputer di SMA Pelangai.

Pihak SMA Pelangai amat berterima kasih dan menghargai sumbangan ini. Semoga perbekalan ini dapat melancarkan lagi kelas komputer yang telah tergendala semasa pandemik melanda. Terima Kasih!

Tag: makmal komputer bekalan pc smy suk