Tuisyen Rakyat 2017

     Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMAM ada yang terpilih untuk menyertai program Tuisyen Rakyat yang diadakan untuk pelajar-pelajar SPM Maran. Program ini adalah dibawah anjuran Parlimen Maran yang melibatkan siri tuisyen subjek-sebjek teras SPM seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Ianya diadakan setiap hari Sabtu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tahniah kepada pelajar-pelajar SMAM yang terpilih dan terimakasih kepada Parlimen Maran atas kesudian pihak mereka untuk melibatkan pelajar-pelajar SMAM. Semoga program ini menjadi salah satu penyebab kecemerlangan SPM SMAM 2017. InsyaALLAH.

Tag: tuisyen rakyat SMAM 2017