Bengkel Tahsin Al-Quran SMA 2017

    Alhamdulillah, satu bengkel tahsin al-quran SMA 2017 telah berjaya dijalankan untuk Zon 2 di Maahad  SAS bermula pada 4 ogos - 6 Ogos 2017. Seramai 30 orang pelajar SMAM telah turut sama mengikuti program ini. Pelajar-pelajar telah bertolak dari SMAM pada pukul 3.00 petang Jumaat menaiki van sekolah dan van PAID. Semoga program ini akan banyak memberikan ilmu bermanfaat untuk semua pelajar SMAM yang mengikutinya dan diharapkan juga pelajar-pelajar ini akan berkongsi pula ilmu mereka dengan rakan-rakan mereka yang tidak terpilih untuk mengikutinya. InsyaALLAH dan Tahniah diucapkan.

Tag: Tahsin Al-Quran 2017