Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

     Alhamdulillah... pada hari Jumaat 21 Julai 2017, telah berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pelbagai hidangan di hidangkan mengikut menu kelas-kelas yang berbeza. Pihak kantin dan dewan makan juga turut sama terlibat dalam majlis gilang gemilang ini. Suasana sambutan sangat meriah dan ceria dengan telatah semua warga SMAM yang menggayakan pakai raya masing-masing. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua warga SMAM yang terlibat menjayakan majlis ini. Terimakasih.

Tag: sambutan hari raya aidilfitri SMAM 2017