Perlawanan persahabatan bola sepak A dan B antara SMA MARAN VS SMK MARAN 2

   Alhamdulillah, perlawanan antara SMA Maran dan SMK Maran 2 telah berjaya dilaksanakan di Padang SMK Maran 2 pada jam 5.30 hingga 6.30 petang. Pasukan Menengah Atas SMAM telah berjaya menang dengan jaringan 2-1 manakala pasukan Menengah Rendah seri 1-1 dengan pasukan SMK Maran 2. Terimakasih diucapkan kepada guru-guru SMK Maran 2 yang sudi menerima kami terutamanya Cikgu Azri, Cikgu Azhar dan Ustaz Sharuddin. Tahniah dan Terimakasih diucapkan.

Tag: SMAM 2022 SPM 2021