Taklimat Kerja Kursus PT3 Matapelajaran Geografi

   Satu taklimat kerja kursus untuk peperiksaan PT3 subjek Geografi telah diadakan di dewan Tun Abd Razak, SMAM, pada hari Isnin 3 Julai 2017. Taklimat ini adalah untuk menyediakan pelajar tentang keperluan-keperluan yang perlu dalam menyiapkan kerja kursus geografi PT3 2017. Taklimat telah disampaikan oleh guru subjek Geografi iaitu Puan Immazura. Selepas taklimat oleh Puan Immazura, Tuan Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin juga telah memberikan amanat khas beliau kepada pelajar-pelajar tin gkatan 3 ini. Sebelum ini Taklimat juga telah diberikan untuk subjek Sejarah PT3. Diharapkan sesi-sesi taklimat ini akan membantu pelajar dalam menyiapkan kerja kursus mereka secara terbaik. Selamat berjaya diucapkan kepada calon-calon PT3 2017.

Tag: Taklimat PT3 2017 pengetua SMAM