Majlis Khatam Al-Quran 2017

    Pada hari Rabu 21 Jun 2017, telah diadakan majlis khatam Al-Quran di Dewan Tun Abd Razak SMAM sempena penutup kepada program tadarrus Al-Quran yang diadakan dari 13 - 21 Jun 2017. Majlis dihadiri oleh semua warga SMAM termasuklan wakil dari PIBG. Majlis ini diselaraskan oleh setiausaha kerohanian 4K ustaz Farek. Selesai majlis, semua warga SMAM telah berbuka bersama-sama di dewan makan dan kantin sekolah. Selesai berbuka, semua warga SMAM bersama-sama bersolat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah di Dewan Tun Abd Razak. Majlis diakhiri dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh GPK HEM SMAM iaitu Ustaz Mohd Redho. Tahniah diucapkan.

Tag: khatam quran SMAM 2017 4k