Ceramah Keselamatan Jalan Raya

      Pada hari Sabtu 17 Jun 2017 satu sei ceramah keselamatan jalan raya telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak. Ceramah ini dihadiri oleh semua warga SMAM. Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai Polis dari IPD Maran yang diketuai oleh Inspektor Hafiz yang juga merupakan pegawai perhubungan polis sekolah. Diharapkan cermah ini memberikan kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada semua warga SMAM yang hadir terutamanya pelajar-pelajar. Ceramah ini juga diharapkan meningkatkan kesedaran keselamatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri nanti. InsyaALLAH. Terimakasih diucapkan kepada pegawai polis IPD Maran yang sudi datang dan meluangkan masa bersama warga SMAM.

Tag: Polis ceramah keselamatan ipd maran SMAM