Tadarrus Al-Quran

      Alhamdulillah, selepas berpuasa selama 2 minggu di rumah masing-masing sempena bulan Ramadhan yang jatuh pada cuti pertengahan tahun, sesi Tadarrus Al-Quran telah dijalankan di SMAM disepanjang 9 hari persekolahan yang berbaki sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Program bermula pada pukul 1.30 tengahari hingga 3.00 petang. Ianya dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah di dewan Tun Abd Razak, SMAM. Sesi bertadarrus pada tahun ini lebih panjang dari tahun-tahun sebelumnya memandangkan cuma ada 9 hari sahaja berbaki sebelum bercuti. Alhamdulillah, masa yang diperuntukkan adalah mencukupi untuk menghabiskan 20 Juzuk Al-Quran. 

Tag: tadarrus al-quran SMAM 2017