Aktiviti Bulan Ramadhan di SMAM

     Sempena bulan Ramadhan ini seperti tahun-tahun sebelumnya juga SMAM telah menjalankan Solat Terawih berjemaah yang diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM yang mengumpulkan semua pelajar ASPURA dan ASPURI. Pelajar-pelajar luar yang tinggal di sekitar SMAM juga turut sama memeriahkan solat terawih berjemaah ini. Imam adalah terdiri dari warden-warden, guru-guru dan pelajar-pelajar SMAM sendiri. Selain daripada solat terawih, sesi tadarrus Al-Quran juga diadakan dari pukul 1.30 hingga 3.00 petang. Waktu bertadarrus yang diperuntukkan adalah lebih panjang daripada tahun-tahun sebelumnya memandangkan sesi persekolah hanya tinggal 9 hari sahaja sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Solat berjemaah dan tadarrus diadakan di dewan memandangkan jumlah pelajar yang ramai tidak dapat ditampung oleh keluasan surau yang sedia ada. Semoga program ini akan dapat meningkatkan lagi keimanan dan disiplin pelajar. InsyaALLAH.

Tag: 2017 SMAM terawih ramadhan puasa tadarrus