Cendikiawan Muda Takaful

      Pada hari Jumaat 21 April 2017, telah diadakan satu pertandingan yang disertai semua wakil sekolah-sekolah agama pahang iaitu pertandingan Cendikiawan Muda Takaful sempena program Amanah Saham Malaysia yang diadakan di Masjid baru Bandar Temerloh. Alhamdulillah, wakil SMAM adik Yusman telah berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan pada hari Isnin 24 April 2017. 
       Alhamdulillah adik Yusman Haqeem telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan akhir Cendikiawan Muda Takaful. Tahniah diucapkan. Tempat ketiga disandang oleh peserta dari SMA Bukit Ibam dan juaranya ialah peserta dari SMA Padang Tengku. Bersama dengan kejayaan ini, adik Yusman telah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM 2100 dalam bentuk unit amanah ASB manakala sekolah pula dianugerahkan RM 2000. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Tag: SMAM cendikiawan muda takaful amanah saham malaysia