Alhamdulillah: Hari pertama persekolahan pasca covid-19

      Alhamdulillah, SMAM telah dibuka semula dengan rasminya hari ini 24 Jun 2020 dengan kehadiran pelajar-pelajar untuk memulakan PdP di sekolah. Pelajar-pelajar asrama telah mendaftarkan diri di asrama semalam, 23 Jun 2020 Bermula dari jam 2.00 petang dan pada hari ini pelajar-pelajar luar mula masuk ke kawasan sekolah seawal jam 6.40 pagi. Semua pelajar luar telah diperiksa suhu badan masing-masing di pintu masuk sekolah dan maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut SOP telah di catatkan. Tahniah kepada semua. Alhamdulillah. 

Tag: SMAM COVID-19 2020