Selamat Bercuti Semua Warga SMAM sempena Tahun Baru Cina 2020

     Semua pelajar telah dibenarkan balik ke kampung masing-masing bermula dari jam 2.50 petang. Ibubapa telahpun hadir seawal jam 2.00 petang untuk mengambil anak masing-masing. Pelajar akan bercuti dari Khamis (24 Januari 2020) hingga Isnin (27 Januari 2020). Pelajar-pelajar asrama diminta pulang semula ke asrama pada Isnin 27 Januari 2020 sebelum jam 6.00 petang. Sekolah akan bermula semula pada hari Selasa 28 Januari 2020.

Tag: SMAM 2020