Orientasi Tingkatan 1 Sesi 2020 (malam 4 Januari 2020) - Aktiviti Burung Hantu

   Aktiviti ini sebenarnya memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar mengenai kepentingan menggunakan semua deria, pemikiran dan minda untuk memastikan pelajar melihat realiti sebenar di sekeliling mereka. Adalah penting untuk pelajar mendapat maklumat yang betul untuk menentukan tindakan yang betul. Perasaan yang bermain semasa mata ditutup menunjukkan bahawa pelajar tidak boleh mengikut perasaan semata-mata dalam sebarang tindakkan. Mereka mesti mendapatkan dahulu maklumat-maklumat menggunakan deria mereka dan maklumat-maklumat ini mesti dianalisis oleh pemikiran untuk membuat keputusan.

Tag: SMAM 2020