Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 (2 Januari 2020)

   Alhamdulillah, hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Ianya dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang turut menerima kunjungan dari Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Hafiz Bin Mohd Noor bersama dengan pegawai pengiring. Ucapan telah diberikan dalam perhimpunan ini oleh guru bertugas, Cikgu Hidayah diikuti dengan ucapan-ucapan dari GPK HEM (Ustazah Azifah), GPK Kurikulum (Ustaz Shamsudin), Pengetua SMAM (Ustaz Shamsuri) dan ditutup oleh ucapan dari PPS Inspektor Hafiz Bin Mohd Noor. Selesai perhimpunan semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing dan PdPc pun bermula. Alhamdulillah.

Tag: SMAM 2020