TEMU UJI TINGKATAN 1 SMA MARAN UNTUK SESI 2020 (14 Disember 2019)

   Ibubapa/penjaga dan calon-calon pelajar tingkatan 1 2020 telah hadir ke SMAM seawal jam 7.00 pagi. Selesai pendaftaran, calon-calon telah bergerak ke kelas-kelas untuk ujian bertulis pada jam 8.30 pagi dan mengambil tempat masing-masing. Taklimat peperiksaan telah diberikan oleh guru-guru bertugas dan tepat jam 9.00 pagi peperiksaan telah bermula sehinggalah jam 10.30 pagi. Selesai ujian bertulis pelajar rehat sehingga jam 11.00 pagi. Ujian oral bermula pada jam 11.00 pagi dan dijangka selesai pada jam 12.30 tengahari. Seramai 101 orang calon telah hadir ke temu uji hari ini.

Tag: SMAM 2019