Terimakasih Kepada Semua Pengawas Sesi 2019 Atas Jasa Anda Kepada SMAM

    Warga SMAM mengucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada Pengawas-pengawas Sekolah sesi 2019 yang telah banyak menaburkan jasa dan bakti kepada sekolah dalam membantu guru-guru dalam pengurusan sekolah sepanjang tahun 2019. Penggambaran yang dilakukan pada hari ini Jumaat 15 November 2019 adalah seminggu sebelum sesi persekolahan 2019 berakhir dan sekolah akan bercuti hujung tahun bermula Sabtu 23 November 2019. Ucapan jutaan terimakasih juga dizahirkan teristimewanya untuk Pengawas-pengawas 2019 yang sekarang berada di tingkatan 5 yang akan mengakhiri persekolahan mereka di SMAM pada 27 November 2019 iaitu hari akhir peperiksaan SPM 2019. Semoga mereka akan lebih suksess dalam apa jua bidang yang bakal mereka ceburi. InsyaALLAH. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat mentadbir Badan Pengawas 2019 sehingga berjaya menjadikannya satu badan yang berfungsi dengan baik. Tahniah dan semoga sesi 2020 akan lebih cemerlang hendaknya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019