Bersama-sama kita doakan pelajar tingkatan 4 SMAM, AWWALIN FIKRI BIN MUHAMMAD SA'FIE yang terlibat kemalangan malam tadi

    Pihak admin ingin mengajak semua warga SMAM dan semua yang membaca artikel ini untuk mendoakan kesembuhan dan keselamatan kepada pelajar tingkatan 4 SMAM, AWWALIN FIKRI BIN MUHAMMAD SA'FIE yang kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana terlibat dalam satu kemalangan malam tadi semasa dalam perjalanan ke SMAM untuk jamuan akhir tahun tingkatan 4. Beliau merupakan anak kepada Ustazah Norasyikin yang mengajar Al-Quran petang. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat baik dan sangat-sangat menghormati guru. Menurut ibunya, Awwalin mengalami kecederaan di dagu, pergelangan tangan, jari manis dan jari hantu. Kecederaan pada dagu telahpun siap dibedah dan dijahit manakala pada saat berita diterima, beliau menunggu giliran untuk dibedah pada bahagian jari pula. Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada beliau dan keluarga. Sama-samalah kita doakan kesembuhan dan keselamatan beliau. Semoga ALLAH memberi kesembuhan dan dipermudahkan segalanya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019