Selamat Hari Jadi Saudari Nurin Athirah Binti Rosli!!!

   Warga SMAM mengucapkan selamat hari jadi kepada pelajar 3S, Nurin Athirah Binti Rosli yang menyambut hari jadinya pada hari ini. Satu sambutan ringkas dibuat pada waktu rehat di kelas 3S secara mengejut oleh ibunya yang membawa makanan dan kek untuk sambutan tersebut. Turut sama meraikan ialah guru kelasnya Cikgu Norasyikin. Tahniah. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH hendaknya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019