Sumbangan Dan Motivasi oleh Kelab Bikers Demak Skyline Kuantan

     Pada malam Ahad bersamaan 25 Februari 2017, pelajar-pelajar SMAM bertuah menerima kunjungan dari Kelab Bikers Demak Syline Kuantan yang bukan sahaja menyampaikan sumbangan kebakaran kepada warga SMAM tetapi juga mengadakan satu sesi motivasi hiburan untuk meningkatkan semangat pelajar-pelajar yang dilanda musibah kebakaran pada 7 Februari yang lalu. Seramai 3 orang wakil kelab telah datang mengunjungi SMAM di mana mereka sampai pada pukul 8.10 malam. Program pertama mereka ialah solat isyak berjemaah bersama-sama pelajar lelaki di surau Aspura. Selesai bersolat pelajar-pelajar dikumpulkan untuk sesi motivasi bersama mereka yang berakhir tepat pada jam 10.30 malam. Ribuan terimakasih kami ucapkan. 

Tag: Bikers demak skyline kuantan SMAM predators