ORIENTASI PELAJAR-PELAJAR ASRAMA 2017

           Alahamdulillah sesi pendaftaran pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Maran sudah pun selesai. Oleh itu, orientasi asrama telah diadakan pada minggu pertama melibatkan pelajar-pelajar aspura dan aspuri iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Beberapa aktiviti telah dijalankan pada program tersebut.

           Diantara program yang telah dijalankan adalah pelantikan ahli jawatankuasa asrama, sesi ta'aruf bersama warden-warden serta ahli jawatankuasa, ceramah agama, bacaan ikrar, gotong-royong asrama dan sebagainya. Gambar di atas menunjukkan aktiviti-aktivi yang telah dilaksanakan sepanjang Sabtu dan Ahad. Ceramah agama adalah jemputan luar iaitu Ust. Jasrifudin dari sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.

           Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi program tersebut. Semoga SMAM bertambah maju, cemerlang, gemilang dan terbilang. Ameen..............

Tag: Orientasi Asrama