Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018

   Majlis pengumuman keputusan SPM 2018 bermula pada pukul 10.15 pagi. Pelajar-pelajar SPM 2018 bersama-sama dengan ibubapa/penjaga telah mula memenuhi Dewan Tun Abd Razak, SMAM seawal jam 9.30 pagi. Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin telah mengumumkan keputusan SPM secara rasmi dan telah menyampaikan slip peperiksaan dan cenderahati kepada pelajar-pelajar cemerlang. Seterusnya pelajar-pelajar lain mendapatkan keputusan masing-masing dari setiausaha SPM Ustazah Jazlina di kaunter yang disediakan. Majlis ditutup dengan bergambar dan jamuan ringkas. 
   Keputusan SPM tahun 2018 menunjukkan peningkatan dari segi GPS berbanding tahun 2017 dimana pada tahun 2018 GPSnya ialah 4.65 berbanding 2017 5.53. Seramai 6 orang pelajar mendapat pencapaian cemerlang 4A hingga 7A. Tahniah kepada semua pelajar SPM 2018

Tag: spm 2018