Perhimpunan Pagi Khamis 14 Mac 2019

   Perhimpunan pagi Khamis 14 Mac dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna dan diikuti oleh bacaan Al-Quran beramai-ramai dan seterusnya program Thobu Sobahi. Selepas itu ucapan diberikan oleh guru bertugas mingguan Cikgu Norasyikin yang menegur pelajar-pelajar tentang kesalahan di dewan makan. Seterusnya GPK HEM Ustazah Azifah memberikan taklimat ringkas mengenai latihan MASISUPA Zon 2 yang akan dilaksanakan di SMA Al-Ihsan dari 15 - 17 Mac 2019.

Tag: SMAM 2019