Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, Jasamu Dikenang 2019 dan 30 Tahun Berkhidmat di JAIP

  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, Jasamu Dikenang 2019 dan 30 Tahun Berkhidmat di JAIP telah diadakan di Ancasa Royal Hotel, Pekan pada hari Selasa 12 Mac 2019 bermula dari jam 2.30 petang. Dalam majlis ini SMAM diwakili oleh 3 orang personel iaitu Puan Zaiton (penyelia asrama), Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin (Pengetua) dan Ustaz Shamsudin Bin Ali (GPK Pentadbiran). Anugerah yang diterima oleh wakil SMAM adalah seperti berikut:

Puan Zaiton Bt Haji Man - Anugerah Jasamu DiKenang untuk Pesara dan Bakal Pesara 2019

   
Beliau merupakan penyelia asrama SMAM yang telah berkhidmat selama 9 tahun di SMAM. Secara keseluruhannya, beliau telah berkhidmat dengan kerajaan selama 32 tahun 2 bulan 20 hari. Beliau akan berpencen pada 1 April 2019. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan berdedikasi dengan tugas-tugas beliau dan merupakan seorang sahabat yang mudah membantu orang lain, sangat mesra dan amat disenangi dan disayangi oleh warga SMAM. SMAM akan mengalami kehilangan yang amat besar apabila beliau berpencen nanti. Walau bagaimanapun warga SMAM mendoakan agar beliau terus suksess dalam hidup beliau dan sentiasa dalam keadaan ceria apabila berpencen nanti.

Ustaz Mohamad Shamsudin Bin Ali - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

   
Beliau merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di SMAM. Pernah menjawat jawatan sebagai GPK HEM dan sekarang ini menjawat jawatan GPK Pentadbiran. Beliau juga telah beberapa kali menerima anugerah ini dan anugerah yang diterima pada tahun ini membuktikan beliau wajar dijadikan penanda aras kepada semua warga SMAM untuk mencapai kecemerlangan diri dalam kareer dan juga mencapai kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara dan lebih khusus lagi untuk menjadikan anak-anak pelajar SMAM lebih cemerlang. Warga SMAM mengucapkan tahniah atas anugerah yang beliau terima ini.

Tag: SMAM 2019