Bengkel TOT Modul Kokurikulum Falak SMAN 2019

    Bengkel TOT Modul Kokurikulum Falak SMAN 2019 anjuran Jabatan Mufti Pahang telah tamat pada hari ini 13 Mac 2019. Bengkel ini dilaksanakan selama 3 hari bermula dari Isnin 11 Mac 2019 hingga Rabu 13 Mac 2019 di Sanctuary Resort Hotel Cherating, Pahang. SMAM telah menghantar 3 orang pelajar lelaki dan diiringi oleh 2 guru pengiring iaitu Ustaz Azrul dan Ustaz Syarafi yang juga merupakan guru penasihat Persatuan Falak SMAM. Tahniah diucapkan dan diharapkan ilmu yang telah diperolehi di sana akan digunakan untuk membangunkan bidang falak di SMAM nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019