Persediaan MASISUPA 2019 - Mendobi Jersi Bola Sepak 25 Februari 2019

    Jersi bola sepak telah didobi untuk kegunaan MASISUPA Zon 2. Ini untuk memastikan pelajar-pelajar berasa selesa memakai jersi tersebut walaupun jersi-jersi ini hanya sekadar jersi simpanan jika jersi utama sama dengan pasukan lain. Tahniah kepada pemain-pemain Bola A dan Bola B yang sanggup membiayai sendiri pembelian jersi pasukan Bola Sepak 2019. Ini menunjukkan mereka mampu berdikari untuk MASISUPA 2019. Selamat berjaya semua. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019