Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 4: Mengenal Planet, Bintang, Galaksi dan Cakerawala

    Slot ke-4 Karnival Ko-Falak disampaikan oleh Encik Shahrin. Slot bermula dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Beliau membincangkan mengenai cakerawala dan memperkenalkan sistem planet, bintang, galaksi dan alam semesta dan menghubungkannya dengan dunia kita dan kita. Sesi ini amat menarik dan mendapat perhatian peserta kerana beliau menggunakan multimedia untuk menunjukkan ciri-ciri yang ada pada jasad samawi. Ceramah beliau juga di selang seli dengan jenaka. 

Tag: SMAM 2019