Terimakasih Kepada Pegawai Polis Yang Menjaga Lalulintas Semasa Merentas Desa 2019

     Warga SMAM ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada pegawai-pegawai polis dari IPD Maran yang diketuai oleh Koperal Asmawi yang sudi menjaga lalulintas di sepanjang kejohanan merentas desa SMAM yang berlangsung pada 13 Februari 2019 (Petang-raptai) dan 15 Februari 2019 (kejohanan sebenar). Budi baik anda, kami doakan agar ALLAH memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya. InsyaALLAH.

    Abu Nuaym meriwayatkan bahawa Jarir bin Abdillah pernah datang ke rumah Rasulullah. Namun ketika itu rumah Baginda telah dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Melihatkan kedatangan Jarir, Rasulullah menoleh kiri dan kanan memerhatikan sekiranya masih ada ruang buat Jarir untuk duduk.

     Disebabkan tiada tempat buatnya, Rasulullah telah menanggalkan pakaian luar Baginda (rida’) lalu mencampakkannya kepada Jariri dan berkata: Duduklah di atas bajuku itu! Jarir lalu mengambil pakaian Rasulullah. Dikucupnya dan dipulangkannya kepada Baginda. Sebahagian riwayat menambah dengan kata-kata beliau: Bagaimana boleh aku duduk di atas pakaian Nabi? Lihatlah betapa mulianya akhlak Rasulullah dalam menyantuni tetamu. (Abu Nuaym, Hilyat al-Awliya, 1974)

   “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi siapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.” (HR. Abu Daud no. 4811 dan Tirmidzi no. 1954. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).



 

Tag: SMAM 2019