Perhimpunan Pagi dan Thobur Sobahi Selasa 29 Januari 2019

      Perhimpunan pagi Selasa 29 januari 2019 dimulakan dengan nyayian Asma Ul-Husna dan diikuti oleh bacaan Al-Quran beramai-ramai dipimpin oleh saudara Ariff Adham. Selesai bacaan Al-Quran diadakan pula program Thobur Sobahi yang melibatkan pengayaan bahasa di mana pelajar-pelajar ditunjukkan dengan 5 keping gambar dan mereka diminta menamakan objek-objek dalam gambar dalam Bahasa Arab. Selepas itu Ustaz Rahimi berucap sebagai guru bertugas. beliau menerangkan mengenai kaedah perlaksanaan Thobur Sobahi dan juga mengingatkan pelajar tentang disiplin masa. Seterusnya Ustazah Azifah berucap selaku GPK HEM menerangkan tentang perlaksanaan peti aduan pelajar yang akan diletakkan di pejabat untuk pelajar-pelajar menulis sebarang aduan permasaalahan di sekolah dan asrama. Perhimpunan ditutup dengan doa yang dibaca saudara Ariff Adham dan sebelum bersurai, pengawas-pengawas mengadakan pemeriksaan disiplin terhadap semua pelajar dari segi pemakaian. 

Tag: SMAM 2019