Kelas Tahsin dan Tarannum Al-Quran Di Masjid Asy-Syakirin

   Alhamdulillah, seramai 14 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar SMAM telah berjaya menyertai program Kelas Tahsin dan Tarannum Al-Quran bersama Ustaz Zul Hasyimi Bin Mohammed Yunus yang diadakan pada 5 Januari 2019 di Dewan kuliah Masjid Asy-Syakirin Maran. Ini merupakan siri ke-5 Kelas yang diadakan secara sebulan sekali di Masjid Asy-Syakirin. Semoga ini akan membantu meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran di kalangan pelajar-pelajar yang menyertainya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019