PROGRAM QAFILAH AROBIYAH DI SMA AL-WOSTO

                Satu program pesta Qafilah Arabiah telah diadakan di SMA Al-Wosto yang melibatkan semua sekolah di bawah SMAN pada 29 September 2016. Pesta ini adalah salah satu inisiatif JAIP untuk menggalakkan penghayatan dan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar sekolah agama di bawah pentadbiran JAIP. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan menghias khemah ala Arab, pertandingan Syair, persembahan Qalam Jamaai dan lain-lain. Persediaan khemah telah dijalankan seawal 28 September lagi. Alhamdulillah, SMAM telah berjaya memenangi tempat kedua pertandingan syair lelalki dan tempat ketiga pertandingan syair perempuan. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tag: Qafilah Arobiyah