Pengumuman Keputusan Rasmi PT3

   Pengumuman keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) telah dilakukan hari ini Khamis 13 Disember 2018 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM pada pukul 10.00 pagi. Pencapaian tertinggi SMAM untuk tahun 2018 ialah 6A yang dicapai oleh NURAIN NATUL NAZIHAH BINTI MOHD TARMIZI, 5A oleh AISHAH ZAHIDAH BINTI NORAZEN dan 4A oleh NURUL 'ASYIRAH BINTI SHAMSUDDIN manakala 11 orang pelajar mendapat 3A. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya manakala kepada yang tak berjaya berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk peperiksaan SMA 2019 pula. Semoga keputusan yang dicapai akan menjadi motivasi kepada diri untuk lebih berjaya. InsyaALLAH.

# foto-foto boleh dilihat dan muat turun di Galeri - Foto - Pengumuman PT3 2018

Tag: SMAM 2018