SPM 2018 telah berakhir

   Alhamdulillah, SPM 2018 telah berakhir hari ini Khamis 6 Disember 2018 pada pukul 4.20 petang apabila calon-calon SPM SMAM dibenarkan bersurai dari Dewan Tun Abd Razak selesai kertas peperiksaan terakhir dikutip oleh pengawas-pengawas peperiksaan. Subjek terakhir ialah kertas 2 Ekonomi yang berakhir pada 4.15 petang. Pelajar-pelajar tersenyum gembira keluar dari dewan peperiksaan. Tahniah dan semoga ALLAH memberikan kejayaan terbaik untuk semua calon-calon SPM 2018 dalam semua subjek yang diambil. InsyaALLAH.

  Video Hari Terakhir SPM 2018 boleh dilihat di Galeri - Video - Hari Terakhir SPM 2018

Tag: SMAM 2018