Pembersihan Asrama oleh Warden Aspura dan Pelajar

     Warden-warden asrama mengambil peluang cuti akhir tahun dan tempoh peperiksaan SPM yang belum berakhir untuk membersihkan bilik-bilik asrama dengan bantuan sukarelawan pelajar yang masih ada di asrama untuk Program Mesra Masjid. Satu bilik dibersihkan sehari untuk persediaan tahun 2019. Tahniah diucapkan kepada semua warden lelaki iaitu Ustaz Syarafi, Ustaz Rahimi dan Ustaz Azrul dan pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga jasa baik anda semua akan diberikan balasan terbaik oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018